Selasa, Mac 15, 2011

Nasi Goreng Berlauk

Salam dan selamat t/hari...bertemu lagi..., hari nie zana nak entrykan menu mkn mlm minggu zana yg lepas...hehehe!!! x sempat nak entrykan~biasalah zana nie hari minggu mmg x dpt nak pegang komputer 2, bz memanjang aje makcik nie....mcm2 program ade kesana kemari ngalahkan bos2!!! ok lah!
Nasi Goreng Berlauk

Bahan2 utk nasi goreng

  • Nasi putih secukupnya
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*} ditumbuk halus
  • 4 biji cili api diketuk
  • 1 btg serai dimayang halus
  • Sepeket perencah nasi goreng tomyam
  • 2 helai daun limau purut dihiris halus
  • 1-2 biji telur

Cara2nya:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi
  2. Masukkan perncah nasi goreng dan dikacau rata, kemudian masukkan serai serta daun limau purut dan dikacau lagi.
  3. Pecahkan telur dan dikacau rata, barulah masukkan nasi dan digaul sebati
  4. Setelah masak..ketepikan.

Bahan2 utk lauknya:

  • 1 labu bwg besar dipotong bulat
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 3 kuntum brokoli dipotong kecil
  • 8 btg kacang parang dipotong serong
  • 3-4 ekor sotong sederhana besar dipotong2}
  • Sepiring kecil hirisan daging lembut} digaul bersama serbuk kunyit dan garam
  • 1 biji cili merah dipotong serong
  • 1 helai daun limau purut dihiris
  • Sedikit hirisan serai (ambil sedikit dari bahan nasi)
  • Garam secukup rasa

Cara2nya:

  1. Panaskan sedikit minyak ~ tumiskan bwg putih dan bwg besar sehingga wangi dan masukkan hirisan daun limau purut/serai
  2. Masukkan daging ~ dikacau sebentar barulah masukkan sotong, goreng sehingga kekuningan.
  3. Masukkan sayur2an diikuti dgn hirisan cili merah
  4. Rasakan dgn sedikit garam.
  5. Setelah masak ~ hidangkan bersama2 dgn nasi goreng dan keropok.

Isnin, Mac 14, 2011

Serimuka Pulut Hitam

Assalamulaikum & salam sejahtera pd pengunjung2 blog ini...bersua kite di alam maya ni.
Cuti sekolah bermula lg...anak2 di rumah, stok makanan mestilah mencukupi ~ pikir2 nak masak ape ye......he tahlah!!! Semalam semasa kemas2kan gobok adelah stok pulut hitam...x tau nak buat ape.., dah dibuat bubur tp anak2 nie kureng sikit, jawapnye kite ajelah yg mamam...memandangkan stok tu masih banyak jadi zana buatlah kuih serimuka nie, buat utk sarapan pagi ni. Resepinye main agak2 aje sbb dah biasa buat serimuka biasa tu (ikut resepi kak liza). Ni kali zana adjust sendiri...alhamdulillah menjd jugak.

Serimuka Pulut Hitam

Bahan A
  • 1 1/2 cwn pulut putih}
  • 1/2 cwn pulut hitam} direndam terlebih dahulu selama kurang lebih 3 jam
  • 3 cwn santan cair + 1 st garam
Bahan B
  • 2 cwn santan pekat ~ dimasak terlebih dahulu
  • 3 sudu makan tpg gandum
  • 2 sudu makan tpg kastard
  • 4 sudu makan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 st garam
  • 1 st pes pandan
  • 1/2 st pewarna hijau
Cara menyediakan:
  1. Pulut dicuci dan direndam selama 3 jam
  2. Campurkan pulut putih n hitam bersama santan cair dan sedikit garam ~ kukus selama 30 min.
  3. Setelah masak ~ masukkan pulut dlm loyang berukuran 8"Dia yg telah disapu sedikit minyak dan tekan2 supaya padat ~ kukus sebentar selama 5 min lg sebelum masukkan adunan B.
  4. Campurkan semua bahan B dan dikacau sebati ~ tapiskan, kemudian masukkan di atas lapisan pulut.
  5. Kukus lagi selama 30 min sehingga masak.
  6. Biarkan kuih betul2 sejukkan, barulah boleh dipotong (guna pisau plastik)

Rabu, Mac 09, 2011

Sotong Goreng TomYam...


Salam... entrykan menu makan malam semalam...jln2 n jengok2 kat rumah sheila, maka adelah edia nak msk ape, namanya aje yg sama tp resepinya pun agak berbeza...rasanya mmg sedap!!! cewahh!!!

Sotong Goreng TomYam
Bahan2nya:
  • 4 ekor sotong sederhana besar ~ dibersihkan dan dikelar2
  • segenggam hirisan daging
  • 1/2" halia*
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih* } ditumbuk halus
  • 1 paket serbuk tomyam Adabi
  • 1 btg serai dititik
  • 3 biji cili api diketuk
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 kuntum brokoli dipotong kecil ~ dicelur & ketepikan
  • 1 biji buah tomato dipotong 4
  • 1 btg selery dihiris2
  • 1/2 biji lada merah dipotong serong
  • sedikit air
  • garam secukup rasa
Cara2nya:
  1. Panaskan minyak ~ tumis serai diikuti bahan tumbuk sehingga naik aromanya.
  2. Masukkan serbuk tomyam, juga daun limau purut dan sedikit air.
  3. Kemudian masukkan daging, selery, buah tomato dan digaul rata
  4. Bila merenih sedikit, masukkan pula sotong dan dikacau selama 2 min.
  5. Akhir sekali masukkan potongan lada merah dan rasakan dgn sedikit garam.
Bolehlah dihidangkan....

Donut Kentang Beryogurt


Salam n selamat petang...bersua lagi, menu minum petang semalam buat utk anak2 pulang dari sekolah yg keletihan tu..kesian!!! dia... semalam zana m.c jd...dah puas berehat & zzz....boring!! perut laparlah pulak so....zana buatlah donat nie tp dok cedok guna tangan aje, mcm buat cekodok pisang tuu... sbb adunannya agak lembut susah nak dibulat2kan kenalah guna garpu oriiii.... hehehek!!! :0))

Donut Kentang Beryogurt
Bahan2nya:
  • 500gm tepung roti/gandum
  • 1 sudu makan yis segera
  • 3 biji kentang dibuang kulit (rebus dan lecek halus)
  • 1 sudu besar water roux
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3/4 cwn air suam
  • 1/2 cwn yogurt
  • 4 sudu besar gula halus
  • 1 biji telur ayam
Cara zana senang aje...
  1. Guna BM aje ~ masuk semua bahan kedlm BM dan tekan menu DOH, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan dan biarkan selama 15 min barulah digoreng.
  3. Setelah siap bolehlah digolekkan dlm taburan gula icing/gula mesin~makan ketika masih panas2 dgn air kopi. Dah sejuk pun masih lembut n gebu
cubalah!!!

Khamis, Mac 03, 2011

Kek Coklat Fudge Yogurt


Assalamualaikum semua...n salam sejahtera, keudara lagi dipetang hari nie....dah minum ptg ke belum? jemput2lah mkn ya, tp x sempat nak potong lagi...lah! sebenarnya zana buat utk anak dara kecik tu, ole2 kesekolah sempena sambutan Maulidur Rasul di sekolahnya. Siap aje topping pagi tadi zana mskkan dlm taperware...pandai2lah cikgunya nak potong mcmne heheheeee....bekalkan pisau plastik sekali....sonang. Resepinye zana ambik dari dapur
Ros jintanmanis.. tkasih.....

Kek Coklat Fudge Yogurt
sumber resepi:
rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahannya

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/2 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 bar ( 150gram) coklat masakan
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan natural yogurt ( plain yogurt)
  • ( beberapa titik esen vanila)

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, kemudian dengan menggunakan double boiler, cairkan coklat masakan dan mentega, angkat dan sejukkan sebentar.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila serta coklat masakan dan mentega yang telah dicairkan tadi, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 18cm/7” dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan bakar pada suhu 180darjah selama 1 jam, sejukkan atas redai, untuk hiasan, toppingkan dengan cooking coklat dan hias ikut kreativiti anda, selamat Mencuba.

Rabu, Mac 02, 2011

Pastri Nanas...


Salam n selamat petang...ni entri yg terlepas...yg x sempat nak uplode lagi. Kebetul bahan2 yg diperlukan sudah ade, maka jdlah mcm nie..hehehe.....mintak maaplah! pastrinya jd mcm perahu lak ia, ponek ann bentukkannye mcm bentuk piramid (boleh tengok contohnya dlm Majallah Sedap keluaran Mac 2011) tp...mcmni jdnye, nasip baik rasanye sedap! makan masa pastrinye 2 masih garing.
Pastri Nanas
(sumber: Majallah SEDAP)

Bahan2:
  • 11 keping kulit pastri segera bersaiz 10x10cm
Inti:
  • 1 tin (342gm) nanas tin ~ dipotong dadu
  • 250ml air nanas dlm tin (zana dpt 200ml jer)
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 50gm gula pasir (2 tbsp)
  • 2 1/2 st tepung jagung, dilarutkan dlm 2 1/2 st air
Sapuan (Kacau rata):
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu makan krim pekat
Cara membuatnya:
  1. Inti: masak nanas dlm tin, air nanas, bunga cengkih, gula pasir dan tepung jagung sambil dikacau sehingga pekat. Sejukkan.
  2. Ambil sekeping kulit pastri, intikan. Lipatberbentuk piramid dan lekatkan dgn air.
  3. Letakkan di loyang yg telah disemburkan sedikit air. Sapukan pastri dgn sapuan.
  4. Bakar selama 20 min dgn api bawah suhu ketuhar 190C sehingga masak dan keemasan.
Nanas tin yg zana gunakan.....
Intinyer....