Sabtu, Oktober 29, 2011

Bawal Goreng Dgn Sos Salsa

Assalamualaikum semua...bersua lagi kita pd malam hari minggu ini..hai!!! aduhai penatnyalah hari ni... asyik buat projek2 yg tertangguh jerr hehehe.. : p apo nak katokan!! ni barulah dapat rest sikit.., sambil tu jalan2 ke dapur kwn2 sekejap, bolehlah relist tension tuuu...oklah! jom tengok menu mkn mlm tadi, buat yg simpel2 je abih cito.. ^__^ layan kkkk..
Bawal Goreng Dgn Sos Salsa
by: zanarose
Bahan2nya:

  • 1 ekor ikan bawal sederhana besar ~ dibersihkan dan dipotong kepada beberapa bahagian
  • 1 labu bwg besar dipotong dadu
  • 2  ulas bwg putih dicincang
  • 1 biji mangga tua yg hampir masak dipotong dadu
  • 1 biji buah tomato dipotong dadu
  • 1 biji cili merah dipotong serong
  • sos cili, sos tomato secukupnya
  • + sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • daun salat utk hiasan
Cara Menyediakan:
  1. Ikan bawal dilumur dgn serbuk kunyit dan garam, kemudian digoreng sehingga masak ~ ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak ~ tumis bwg putih sehingga wangi, masukkan bwg besar dan dikacau rata
  3. Masukkan pula sos cili, sos tomato secukupnya ~ kacau lg, kemudian masukkan buah tomato, buah mangga dan hirisan cili merah dan dikacau sebati.
  4. Tambahkan sedikit air, perasakan dgn garam dan gula. Tutupkan apinya
  5. Curahkan diatas ikan yg telah siap digoreng tadi dan hiaskan bersama daun salat.

Jumaat, Oktober 28, 2011

Khasiat Serai

Serai dan Khasiatnya

Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.

Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.

“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”
Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.

Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).

“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).

Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.


Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.

Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.
“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.

Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.
Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.

“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”

Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.

“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”

Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.

Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.

Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.

Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.

Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”

Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.

Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”


Khamis, Oktober 27, 2011

Lasagna Bolognese

Semalam hari cuti Deepavali...oopp!!! lupa lak! Happy Deevali..zana ucapkan pd kawan2 yg beragama Hindu. Pagi2 lg zana dah buat "Lagasna Bolognese" nie utk anak2, bahan2nya dah lama zana sediakan tapi asyik tertangguh jer nak membuatnya...sampaikan anak2 daraku tu.. asyik tertanya-tanya bilalah mama nak membuatnya, tetapi barulah semalam terlaksana sudah..hehehe... : p siap bawa bekal lg utk anak2 ke Bukit Malawati (jalan2 cuci mata ke Kuala Selangor)
Oklah! cuba tengok bahan2 yg zana gunakan ni...
Lasagna Bolognese
by:zanarose
sumber : sos putih (dari Dapur Ku SaYang)
Bahannya:

  • 400gm daging ayam cincang (jenama Ramley)
  • sebotol Pasta Bake (creamy tomato & mozzarella) jenama Leggo's
  • 2 ulas bwg putih cincang
  • 3-4 sudu makan minyak zaitun (zana guna flake seed oil)
  • 3 biji cendawan butang dihiris kecil
  • sedikit hirisan lobak merah
  • 6-8 keping lasagna

Bahan sos putih:

  • 2 cwn susu segar (zana buh lebih sikit sbb tu lee ia agak lembik je..)
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air
  • 1 slice cheesedale @ 30gm cream cheese
  • sedikit garam dan gula
  • lain2 keju chedder secukupnya dan oregano
Cara2nya:
  1. Panaskan minyak zaitun ~ tumiskan cincangan bwg putih, kemudian masukkan ayam dan dikacau sehingga airnya kering.
  2. Masukkan sos pasta, cendawan dan lobak merah dan digaul rata, kacau sehingga kuahnya pekat dan tutupkan api.
  3. Sementara itu, utk sos putih: cairkan mentega didlm periuk, kemudian masukkan cheesedale atau krim keju ~ kacau sehingga cair, barulah tuangkan susu segar. Masak sehingga susu mendidih, masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
  4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. Tutupkan apinya..ketepikan
  5. Setelah siap semuanya, rebuskan 6-8 keping lasagna sehingga lembut.
  6. Sediakan loyang berukuran 8"x8" yg telah disapu mentega, susun 2 keping lasagna dan tuangkan sos pasta..ratakan, diikuti sos putih dan ratakan, tutupkan dgn 2-3 keping lasagna dan diulangi lg sos pasta & sos putih, diakhiri dgn 2-3 kpg lasagna
  7. Akhir sekali, tuangkan sos putih dan taburkan dgn parutan keje cheddar secukupnya dan oregano. 
  8. Bakar pd suhu 160'C selama 30-40 minit atau sehingga keperangan.



Puding Roti Bersos Kastard

Assalamualaikum semua.. dan salam sejahtera pd semua rakan2 yg selalu berkunjung ke villa nie, minta maaflah sebab selalu aje ketinggalan nak mengn3kan ape2je yg berkenan dihati nie...tu yg membuatkan makcik nie terpikir2 ape yg nak din3kan, biasanya kalau bab masak memasak nie, memang banyaklah menu2 ulangan..hehehe!!! Ni haa... "Puding Roti Bersos Kastard" pun dibuat atas permintaan KakLong..itu pun kalau bab puding2 nie kat adik2nya x berapa jalan..yg makannya kite berdua jerlah! jawapnye... tp sesekali makan macam tu sedap jugakan! oklah! jom tengok resepi kat bawah ni.. mudah aje membuatnya, manalah tahu ade kawan2 yg ingin mencubanya.
Puding Roti Bersos Kastard
sumber rujukkan: Buku Hidangan Sesuci Lebaran (Chef Sara)
by: zanarose
Bahan A (Puding)

  • 6 keping roti disapu mentega (guna roti gardenia)
  • 2 cawan susu segar
  • 3 biji telur
  • 30gm gula halus
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 100gm buah2an campuran
Bahan B (Sos Kastard)
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 2 sudu makan mentega
Cara Membuat Puding
  1. Potong roti kepada beberapa bahagian kecil dan susun didalam loyang yg telah disapu mentega
  2. Panaskan susu segar di atas api yg sederhana dan jangan biarkan sehingga mendidih
  3. Kemudian, pukul telur dan gula hingga kembang dan masukkan susu segar yg telah dipanaskan
  4. Selepas itu, masukkan tepung kastard dan kacau sehingga sebati
  5. Tuangkan adunan ke atas susunan roti dan taburkan buah2an campuran. Biarkan selama 15 hingga 20 minit sehingga roti kembang.
  6. Kemudian, bakar adunan selama 20-30 min. pd suhu 180`C. Apabila masak, biarkan sehingga sejuk.
Cara Membuat Sos Kastard
  1. Campurkan bahan B dan masak di atas api yg sederhana sehingga pekat
  2. Untuk menghidang, potong puding roti dan tuangkan sos kastard keatasnya..sedap dimakan sejuk.
*p/s: ...zana punya sos kastard tu terlalu pekatlah pulak!! hehehe....^_^

Rabu, Oktober 19, 2011

Sotong Lada Hitam..

Assalamualaikum & salam sejahtera pd rakan2 yg singgah di dapur kecil zana ni. Alhamdulillah, pejam celik2 dah pun pertengahan bulan oct dah, sekejap aje masa tu berlalukan? Musim haji  pun dah bermula.. menandakan bln zulhijjah bakal menjelma tak berapa lama lagi.. yakni "Hari Raya Idul Adha" akan tiba..sudahkah kita membuat korban? Bagi zana tahun ni belum lagi kesampai mungkin next akan dtglah..insya`allah. Ok! dah lama zana x n3kan apa2 menu lauk kat sini. Jadi hari ni zana nak masukkan resepi lauk sotong masak lada hitam. Masak lauknya dah lama, tp barula ni nak n3kan..hehhe!! resepinya main campak2 jer!! :))
Sotong Lada Hitam
by: zanarose
Bahan2nya:

  • 3 ekor sotong sederhana besar ~ dibersihkan dan dipotong bulat
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong kasar
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1 sudu teh lada hitam biji ~ ditumbuk halus
  • 1/2 biji lada merah dihiris serong
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak utk menumis
Cara2nya:
  1. Sotong digaul bersama sedikit garam dan serbuk kunyit dan ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak ~ tumis bwg putih dan bwg besar sehingga wangi
  3. Masukkan serbuk lada hitam diikuti dgn sotong dan kacau sehingga sebati.
  4. Masak selama 2-3 min, kemudian tutupkan apinya dan bolehlah dihidangkan. Jangan biarkan ia terlalu lama..dimasak (kalau x liat nanti)
  5. Hiaskan dgn hirisan lada merah dan daun sadri.

Selasa, Oktober 11, 2011

Kek Lapis Batik Kenyalang

assalamualaikum dan salam sejahtera.. bersiaran lg pd malam yg sunyi ini utk memenuhi kehendak pemblogger hehehe!!! :)) entry zana pd mlm ni ialah kek lapis batik kenyalang yg zana buat hari minggu yg lepas...apabila melihat DJ membuatnya, terdetik di hati utk membuatnya juga, tetapi ade kisah disebaliknya.. semasa membuat kek ini...jeng! jeng!! oklah! kite tengok gambarnya duluu...ape yg kurang ye..hehehe...tapi rasanya tetap sedap dan lembut jer..bak kata DJ next time kena buat lagi sampai puas hati.. betul! betul! betul! jom semak resepinya pulak ya.. Ape2 pun tkasih pd DJ dan Bro`Rozzan dgn resepi ni., zana c&p jer dari DapurKu SaYang.. :))
Kek Lapis Batik Kenyalang
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber lain : Bro. Rozzan@RSR
by: zanarose
bahan-bahan : loyang 8" x 8" atau 9" x 9"

  • 10 biji telur A
  • 300 g tepung hongkong/gandum
  • 500 g mentega berkualiti tinggi 
  • 160 g gula kastor (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
  • 340 g susu pekat manis
  • 150 g serbuk horlicks
  • 150 g jem strawberi
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna merah, kuning dan hijau
Cara-cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. 
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. 
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan jem dan horlicks. Putar sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan untuk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas(1 lapis 2 senduk adunan). Lapisan ini dibiarkan kosong. Lebihan adunan tadi dibahagikan 3 bahagian diberi warna hijau, merah dan kuning. Kermudian dimasukkan ke dalam piping bag atau botol sos. (Atau terpulang mengikut citarasa anda untuk membahagikan adunannya. Boleh juga menggunakan warna-warna pilihan sendiri)
  7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan 2 senduk adunan kosong tadi ke dalam loyang dan bakar/grill hingga masak keperangan dengan menggunakan api atas. Ulangi proses hingga 3 lapisan.
  8. Kemudian, paipkan adunan merah, hijau dan kuning secara berselang seli dan menyerong hingga menutupi ruang lapisan bawah. Grill/bakar lagi hingga masak. Kemudian paipkan semula adunan tadi secara menyerong tetapi bertentangan dan setelah itu dibakar lagi hingga masak. Ulangi proses hingga habis. (boleh tengok step ini DI SINI atau DI SINI)
  9. Untuk lapisan atas, bakar/grill lebihan adunan kosong (6 senduk tadi) sebanyak 3 lapisan(1 lapis=2 senduk) seperti lapisan bawah. Setelah masak keperangan, bakar lagi 10 minit dengan menggunakan api bawah. (suhu mengikut jenis oven masing-masing)



Ahad, Oktober 09, 2011

Kurma Ayam..

Assalamualaikum..hai!! bersua lagi.. malam nie zana x de apa yg nak diceritakan cuma nak n3kan menu makan t/hari semalam, dan hari nie barulah zana dpt uplodekan. Mungkin ramai yg dah tau membuatnya... zana masukkan resepinya juga sebagai rujukan anak2 ku. Kurma Ayam ni..adalah lauk kegemaran anak2 terutama sekali anak sulungku.. resepinya mudah aje..
Kurma Ayam
by: zanarose
Bahan2nya:

  • 400-500gm ayam dicuci dibuang kulit dan dipotong kecil
  • 3 sudu makan rempah kurma
  • sebiji kentang dipotong 4
  • 2 labu bawang besar (1biji di belah 4 & 1biji lagi dimayang*)
  • 1 biji lada merah dibelah2
  • 3 ulas bwg putih dihiris halus*
  • 2cm halia dihiris halus*
  • 3 cwn air
  • 1/2 cwn santan pekat
  • sedikit garam
Cara2nya:
  1. Panaskan minyak ~ tumis bahan bertanda * sehingga layu dan wangi
  2. Masukkan rempah kurma dan kacau rata, kumudian masukkan sedikit air dan biarkan merenih sebentar.
  3. Selepas itu bolehlah masukkan ayam dan kentang diikuti air dan kacau ~ tutup sebentar dgn tutup periuk sehingga mendidih dan ayam/kentang empuk.
  4. Masukkan santan pekat dan kacau lagi, masukkan juga bawang besar yg dipotong 4 td bersama lada merah dan rasakan dengan sedikit garam. Setelah masak bolehlah dihidangkan..


Jumaat, Oktober 07, 2011

Donut Kentang...yg gebu...

assalamulaikum & salam sejahtera pd pengunjung2 yg singgah di blog zana ni... bersiaran lagi ... kali ni di mlm hari :) dah 2 di waktu2 mcm nie jer dpt meronda2 diblog kwn2 dan masa mcm ni jugalah zana boleh update blog ini..x kesian ker!! minggu ni x sempat2 zana nak bukak blog bzi memanjang jer..di ofis dari hari isnin sampailah ke hari ni..] nak bukak  tengok fb pun x de masa., hai!! tuu..lah kan kalau dah terlalu banyak kerje kan? oklah! jom layan kuih donut kentang yg zana buat dua hari lepas, memang gebu dan lembut aje bila dimakan.. x rugi mencubanya. resepinya dtg dari seberang dan zana ade buat penambahan sedikitlah :p ok!
Donut Kentang
resepi: Fatmah Bahalwan
by: zanavilla
Bahan2nya:

  • 500gm tepung roti (zana buh 300gm tpg roti + 200gm tpg gandum)*
  • 50gm susu tepung*
  • 11gm yis mauripan*
  • 200gm kentang, kukus dan dilecek halus
  • 100gm gula halus*
  • 75gm mentega
  • 1/2 st garam
  • 1/2 st ovellate (ni zana tambah)
  • 4 butir kuning telur (zana buh 2 butir je)
  • 100ml air sejuk (zana buh 100ml air sejuk + 75ml santan sawit)
Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan * kedlm mangkuk dan digaul rata, masukkan kentang kisar, kuning telur dan air sejuk ~ diuli rata
  2. Masukkan mentega dan garam, diuli terus sehingga tak melekat ditangan. Rehatkan selama 15 min.
  3. Bagikan adunan, masing2 seberat 50gm dan bulat2kan. Biarkan selama 20 min hingga mengembang.
  4. Buatkan lubang ditengahnya, menjadi bentuk donut, kemudian segera digoreng sehingga kuning kecoklatan.
  5. Angkat dan toskan. Taburkan gula atau hiaskan dgn coklat.
Cara yg zana buat mudah je..masukkan semua bahan2 tu dlm BM dan tekan butang doh dan tunggu hingga siap..kemudian zana terap guna penerap donut... :p :) then goreng...


Ahad, Oktober 02, 2011

Kerabu Mangga

 Assalamualaikum & selamat berhujung minggu semua... bersiaran lagi, mungkin disaat dan ketika ini ade yg sedang menjamu selera bersama ahli keluarga..dan bersantai2 di rumah aje..dan ade juga yg bersiap2 utk kerumah kenduri kahwin atau kerumah terbuka (hehehe..sbb ade sesetengah tu masih lg membuatnya)..oklah! ape2 pun selamat berhujung minggu :)) n3 utk hari ni zana ialah "kerabu mangga". zana buat nie pun sbb ptg semalam hubby petik buah mangga dr pokok di depan rumah ni..ingatkan dah tua! rupanya masih muda..so buatlah kerabuu...layan jee lerr....
Kerabu Mangga
sumber: zanavilla
Bahan2nya:

  • sebiji mangga muda diparut
  • 1 biji buah tomato didadu
  • 5 biji cili padi dihiris2*
  • 2 sudu teh gula*
  • 2 sudu teh sos manis*
  • 1 sudu teh serbuk belacan*
  • 3 sudu makan udang kering dicelur dan tumbuk sedikit
  • 4 sudu teh kacang tumbuk
  • 2 sudu teh jus limau kasturi
Cara2nya:
1. Satukan bahan2 * dan gaul sebati
2. Masukkan mangga, buah tomato dan kacang tumbuk ~ digaul rata
3. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi ~ gaul lagi dan bolehlah dihidangkan...