Rabu, Mac 31, 2010

Talam Suji


Semalam balik dari kerja zana cuba buat kuih "Talam Suji"... zana penah buat jenis kuih2 talam macam nie tp x menjadi. Kali nie zana buat lagi...barulah tau ape silapnye.. hehehe!!! resepi nie zana ambik dari buku Aneka Kuih Talam bersama chef hanieliza, resepi nie jugak terdapat di blog kak liza. tkasih k.liza
Bahan2nya:
Utk lapisan bawah :
  • 1 1/2 cawan tepung suji
  • 4 cawan santan cair
  • 1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning

Utk lapisan atas :

  • 4 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 s/b tepung kastad
  • 2 s/b gula
  • 1 cawan gula merah

Cara:

  1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat.
  2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
  3. Adunkan semua bahan lapis atas.
  4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
  5. Kukus lagi selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan potong ~ hidangkan.

**ps- zana guna santan kotak 500ml + air (pandai2 ajelah bgkn)

Jelly Mangga...


Salam & selamat pagi...bertemu lagi kita di alam maya ini. Dalam diam x diam, pejam celek2 dah pun akhir bulan Mac 2010...sekejap aje masa berlalukan, macam tu jugaklah usia kita meningkat sehari lagi alhamdulillah. Ok lah!!! "Jelly Mangga"....dessert zana hujung minggu lalu, saje aje buat utk anak2.
Bahan2nya:
  • 1 paket instant jelly - 20gm
  • 950ml air
  • 200gm gula
  • 3 sb jus mangga ( zana guna cosway juice)
  • Nata perisa mangga secukupnya.

Cara membuatnya:

  1. Masakkan air sehingga mendidih dan masukkan instant jelly dan gula pasir kemudian kacau sehingga sebati.
  2. Setelah mendidih barulah masukkan jus mangga dan kacau lagi
  3. Tutupkan api dan bolehlah letakkan dalam acuan yg telah dimasukkan nata terlebih dahulu - buat sehingga siap.
  4. Masukkan dlm peti sejuk ~ hidangkan bila hendak makan.

Selasa, Mac 30, 2010

Rendang Ayam Kampung...


Salam kwn2...hai!!!! selamat t/hari semua...bertemu kembali...di alam maya nie. Dah beberapa hari zana x entrykan ape2 di blog kesayanganku ini, terasa rindu pulak!!! tulahkan kalau dah sayang hehehe....Hari ini zana nak entrykan menu hari minggu tu hari...lauknyer tentulah dah habiskan..,jangan ditanya pulak tau!!! selalunye rendang2 nie masuk kat rumah waktu2 perayaan aje! sbb kite nie, x lah terorr merendang nie. Selalunya setiap kali nak buat rendang, zana ikut resepi..tp kali nie mls nak ikut resepi main agak2 ajerr!!! janji rasanya sedap dan boleh dimakan...tengok ajelah! resepi zana nie...ape yg kurang atau terlebih!
Bahan2nya:
  • 1 ekor ayam kampung (dlm 1kg) ~ siap dipotong dan direbus hingga empuk
  • 10-15 biji bwg merah*
  • 5 biji bwg putih*
  • 10 biji cili padi*
  • 2" lengkuas*
  • 2" kunyit hidup*
  • 1" halia* (bhn * dikisar halus)
  • 4 sb cili mesin
  • 4 btg serai dititik
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 - 3 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 3 cwn santan pekat
  • 1-2 cwn air rebusan ayam
  • 2 sb kerisik
  • garam & gula secukup rasa.

Cara membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan2 kisar, cili mesin, serai ke dalam periuk dan masak di atas dapur sehingga mereneh dan masukkan ayam yg telah empuk td ~ gaul/kacau rata
  2. Kemudian masukkan santan dan air rebusan ayam dan dikacau lagi
  3. Biarkan sehingga mereneh barulah masukkan daun kunyit/limau purut~ kacau dan biarkan mesra..
  4. Bila hampir masak masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa ~ kacau sebati dan biar agak kering sedikit barulah tutupkan api.., dan bolehlah dihidangkan.

Khamis, Mac 25, 2010

Sandwich Sardin...


Salam!!! hai!! selamat petang semua...dah minum ptg??? tengok cuaca kat luar tu mendung aje dgn petir sabung-menyabung......sat lagi hujan turunlah tu. Ok!... hari nie zana buat "Sandwich Sardin"~ resepinye ikut selera tuan rmh ler!!! janji sedap kat tekak anak2 dan cik abang...ok le tuu..kan hehehe!!! resepi!!!!?? zana letak le jugak wlpun mudah...k layan aje ler!!!
Bahan2nya:
  • 1 bungkus kecil roti sandwich
  • 1 tin sardin (340gm)
  • 1 labu bawang besar dicincang halus
  • 1 biji tomato dipotong dadu (kecik2 aje cukup)
  • 1 biji limau kasturi~ambil jus aje
  • 3 sd besar mayonis
  • sedikit hirisan timun/daun salat

Cara menyediakan:

  1. Sardin dibuang tulang dan diasingkan dari sosnya ~ hancurkan isinya kemudian + dgn 2 sudu besar sosnya.
  2. Masukkan bwg besar, tomato dan mayonis dan dikacau rata sehingga sebati.
  3. Akhir sekali masukkan jus limau dan digaul sebati ~ SIAP...ambil sekeping roti dan masukkan inti..letakkan hirisan timun/salat ~ buat satu lapisan lagi diatasnya, kemudian bolehlah dipotong dan hidangkan.

Rabu, Mac 24, 2010

Popia Udang & Tauhu


Petang semalam...,belek2 buku SEDAP terbekenanlah pulak dgn "Popia udang & tauhu" so balik aje dari kerja zana, rajinkan diri buat popia nie...tok minum ptg zana dan anak2. Tengok bahan2 yg diperlukan pun ade dlm aisbox. Rasanye boleh tahan, sedap dimakan dgn sos cili dan lagi sedap kalau dimakan dgn kuah kari...yummy2!!!
Bahan2nya: (utk 10 keping)
  • 10 kpg kulit popia
  • 1 biji putih telur sebagai pelekat
  • minyak utk menggoreng

Bahan inti:

  • 2 kpg/150gm tahu lembut ~ dihancurkan dgn garpu
  • 150gm udang basah dicincang halus
  • 1 biji telur ~ dikocak sedikit
  • 1 tangkai daun sadri*
  • 1 tangkai daun bwg* (+ sendiri /dihiris halus)
  • 1 sb/25gm tepung sagu/ubi
  • 1/4 st serbuk lada sulah
  • 1/2 st serbuk lada hitam (+ sendiri)
  • 1/2 st garam
  • 1/4 st gula

Cara membuatnya:

  1. Inti: Campurkan semua bahan2 inti dan dikacau rata.
  2. Ambil sekeping kulit popia dan isi inti. Lipat kulit popia menjadi segiempat dan lekatkan dgn putih telur.
  3. Goreng dalam minyak yg telah dipanaskan dgn api sederhana sehingga masak.

*pss- pesan SEDAP (cuci tauhu dgn air suam, supaya ia x berbau masam)

ini popia sebelum digoreng..........


siap!!!!!!!!!!!jemputlah yea..jgn malu-malu, ambik sorang satu ajer tau..

Sambal Sotong...


Hai!! assalamualaikum kwn2...apa khabar?? harap semuanya ok!!...minggu cuti sekolah dan minggu nie...adelah minggu yg memenatkan...si kecil tuu...baru aje baik demam, asyik merengek aje...semuanye serba x kena. La nie...mama dia lak yg kena...sakit tekak & selsema.Oklah! jomlah layan menu m/thari anak2 hari nie "Sambal Sotong"+ sop ikan merah, buat simple2 aje...nak cepat g kerja.
Bahan2:
  • 6 ekor sotong yg telah dibersihkan~dipotong2 & gaul dgn serbuk kenyit+garam
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • 3 biji lada merah* (bhn *-ditumbuk halus)
  • 1/2 st pes asam jawa+sedikit air
  • garam + sedikit perasa secukupnya

Cara2nya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bhn tumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan sotong dan gaul sehingga sebati, kemudian masukkan air asam jawa dan kacau lagi. rasakan dgn sedikit garam dan serbuk perasa.
  3. Siap, bolehlah dihidangkan.

Selasa, Mac 23, 2010

Selingan Lagi>>>>>>>>

Gurindam Dua Belas…
(Tuhfat al-Nafis & Salasiah Melayu Bugis)
Hasil Karya: Raja Ali Haji
(Pujangga Terkenal dari Riau)

Gurindam Pasal Pertama:
Barang siapa tiada memegang agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilang nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
Maka ia itulah orang yang makrifat.
Barang siapa mengenal Allah s.w.t
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
Maka telah mengenal Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
Tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
Tahulah ia dunia mudarat.
Gurindam Pasal Kedua:
Barang siapa mengenal yang tersebut,
Tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
Seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
Tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan zakat,
Tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
Tiadalah ia menyempurnakan janji.
Gurindam Pasal Ketiga:
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fi`il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan membawakan rugi.
Gurindam Pasal Keempat:
Hati kerajaan di dalam tubuh,
Jikalau lalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki sudah bernanah,
Datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah fakir,
Di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
Nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikit pun berbuat bohong,
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
Aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
Itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
Janganlah perlakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
Mulutnya itu umpana ketur2
Di mana tahu salah diri,
Jika tidak orang lain yang berperi.
Gurindam Pasal Kelima:
Jika hendak mengenal orang yang berbangsa,
Lihat kepada budi dan bahasa.
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
Sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
Lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
Bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
Di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
Gurindam Pasal Keenam:
Cari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.
Cari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.
Cari olehmu akan isteri,
Yang boleh dimenyerahkan diri.
Cari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang yang setiawan.
Cari olehmu akan abdi,
Yang baik sedikit budi.
Gurindam Pasal Ketujuh:
Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
Itulah tanda hampir duka.
Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tiada dilatih,
Jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekelian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat onar.
Gurindam Pasal Kedelapan:
Barang siapa khinat akan dirinya,
Apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
Orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
Daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
Biar daripada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakan jasa,
Setengah daripada syarikmengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
Kebaikkan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
Keaiban diri hendaklah sangka.
Gurindam Pasal Kesembilan:
Tahu pekerjaan tak baik, tetapi dikerjakan,
Bukan manusia iaitulah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
Itulah iblis punya penggawa.
Kepada segala hamba-hamba raja,
Di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakkan orang yang muda-muda,
Di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
Di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
Syaitan tak suka membuat sahabat.
Jika orang muda kuat berguru,
Dengan syaitan jadi berseteru.
Gurindam Pasal Kesepuluh:
Dengan bapa jangan durhaka,
Supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
Supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
Supaya boleh naik ketengah balai.
Degan isteri dan gundik janganlah alpa,
Supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil,
Supaya tangannya jadi kafill.
Gurindam Pasal Kesebelas:
Hendaklah berjasa,
Kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
Buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
Buanglah khianat.
Hendaklah marah,
Dahulukan hajat.
Hendaklah dimulai,
Jangan melalui.
Hendak ramai,
Murahkan perangai.
Gurindam Pasal Keduabelas:
Raya muafakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.
Hukumnya adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh anayat`.
Kasihan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
Itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
Kepada hati yang tidak buta.

Sumber diambil dari keratan akhar Berita Minggu ~ KEMBARA

Letaknya di Pulau Penyengat (Kepulauan Riau, Indonesia)

Rabu, Mac 17, 2010

Serikaya Karamel


"Serikaya Karamel" sesedap dan semanis namanya...tergoda tengok mamasyipah buat...cantik aje warnanya...kite pun buatlah tp tak secantik mana... rasanya mmg sdp!..resepinya mama amik dari blog CMG...resepi asal dr chef Norzailina...jadi zana pun nak sharekan resepi nie pd yg berminat!!! kita CnP ajer dr blog MamaSyipah...thanks ye mama dan pd u all...
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 biji telur300 ml pati santan (nak sedap guna santan segar)
  • 180 g gula pasir (resipi asal 240g)
  • 2 helai daun pandan
  • 60 g gula pasir*
  • 125 air panas*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masak gula hingga perang, dengan berhati2 masukkan air panas kacau rata dan matikan api. Biar suam.
  2. Satukan telur, gula pasir dan pati santan. Kacau rata hingga gula larut dan tapis. Tuang 1/2 adunan ke dalam karamel tadi dan kacau pantas dengan whisk. Kemudian, bancuhan karamel tadi tuang kembali ke dalam bancuhan telur dan kacau rata2.
  3. Alih ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan jerang atas api kecik sambil dikacau sentiasa hingga bancuhan pekat dan berkilat. Mati kan api, angkat dan sejukkan. Simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat seri kaya tadi. Jangan lupa keluarkan daun pandan....

Tauhu Lembut Sos Tiram


Hai!! salam & selamat sejahtera semua...bertemu lagi, kali nie zana nak entrykan salah satu menu mkn t/hari zana dan anak2 semalam...msk menu2 yg simple aje, sbb zana ade temujanji dgn Dr di Hospital Sg. Buloh..Ok!! jom tengok resepi nie..buat main campak2 aje sbb nak cepat.
Tauhu Lembut Sos Tiram
Bahan2nya:
  • 3 kpg tahu basah lembut ~ dipotong 4 dan digoreng sekejap
  • 1 labu bwg besar dimayang
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • segenggan udang basah kecil
  • 1/2 biji lada banggala (hijau/merah) dipotong2
  • 1 biji tomato dipotong 4
  • sedikit hirisan kobis bulat
  • 2 sd besar sos tiram
  • 1 sd besar sos plum
  • 1 st tpg jagung dibancuh dgn 1/2 cwn air
  • hirisan daun sadri/bwg (utk hiasan)

Cara membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak ~ tumis bwg putih hingga wangi dan masukkan bwg besar dan dikacau sehingga layu.
  2. Masukkan udang basah, sos tiram dan sos plum dan dikacau sebati, kemudian masukkan pula sayur kobis, buah tomato, lada merah/hijau ~ dikacau sebati dan barulah masukkan bancuhan tpg jagung dan dikacau hingga agak pekat.
  3. Akhir sekali masukkan tahu lembut dan digaul rata ~ rasakan sedikit garam jika perlu
  4. Setelah masak bolehlah ditaburkan hirisan daun sadri dan bwg.

Isnin, Mac 15, 2010

Puding Coklat


Haa!!! yg ini pulak "Puding Coklat/Rich Choc. Pudding"...dessert lps makan t/hari semalam...sedap!! sejuk aje masuk kat tekak nie..sesekali buat puding coklat mcm ni laku jugak, selalunye kalau buat puding mcm tu anak2 krg sikit. Masa singgah ke rumah Maria jumpa lak resepi puding nie, sumbernye pulak dpt dari rumah K.Jun..tkasih ye, rasanya dah ramai yg mencubanya...
Bahan-bahan: ( 1 loyang sederhana besar )
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat. -Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

*psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Baked Curry Puff


Hai!!! salam & slmt T/hari...dah 3 hari x dapat nak update blog kesayangan ku nie..internat de problem sikit kat umah ni...ptg jumaat ari tu zana cuba buat "Baked Curry puff" nie..., memandangkan inti lebihan buat somosa tu hari masih ade..kebetulan jalan2 kat blog k.ummi, jumpa pulak resepi nie., jadi zana pun buatlah sbb selalunya zana buat karipap yg goreng gitu ajer!! kali nie buat yg bakarnye lak.. berminat!! boleh jugak klik kat SINI...sorilah k.ummi zana CnP aje yea tkasih...
Bahan (Puff):- (8 - 10 biji)
  • 150 gm tepung gandum
  • 40 gm butter}
  • 40 gm shortening} zana guna 70gm puff pastri aje
  • 1 biji telor dipukul sikit + 1 sudu besar air
  • 1/4 sudu teh garam

Cara:-

  1. Campurkan garam ke dalam tepung, masukkan butter dan shortening. Gaul rata jadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan pula telor sikit2 dan gaul jadi doh, (jangan uli macam doh karipap biasa tu, just gaul sekadar jadi doh aje, sudah..dan x perlu habiskan telor jika sudah elok jadi doh, lebihan boleh diguna untuk sapu atas karipap sebelum dibakar nanti).
  3. Masukkan ke dalam fridge selama 30 minit (akak wrap doh seblm dimasukkan dlm fridge). Keluarkan doh dan ambil sedikit2 untuk dicanai nipis seperti membuat karipap biasa.
  4. Masukkan inti, tutup doh dan tekan sekelilingnya dengan garfu.
    Sapu telor pada permukaan karipap dan bakar pada suhu 150C selama 20 minit/hingga kekuningan. (*akak bakar 25 - 30 minit untuk sedikit garing)
tengok tu..knplah telur tu jd retak2 mcm tu!!! emmmpp jemputlah ye..jgn segan2, tu aje yg tggl.

Khamis, Mac 11, 2010

Masak Kari Ikan Merah...


Salam & salam sejahtera semua...hai!!! bertemu lagi. Sebenarnye x tau nak entrykan ape hari nie...no idea!!! tengok2 dlm foto album...jumpalah gambar2 yg lom dientrykan, ini.."Kari Ikan Merah" menu bulan lepas terlupa nak uplodekan dlm blog nie...tengok ajelah yea..lauknye dah abissss....dah!!!! hihihi...resepinya leh tengok kat SINI sama ajerr!!! hanya tukarkan ikannye.. jom layan ajer gambar2 nie ok!!..daaa!! nak p lunch nie...jomm!!!!!!

Rabu, Mac 10, 2010

Blueberry Cheese Cake aka Yogurt...


Salam pd semua kwn2 yg berkunjung...waa..kah!!kah!!! Blueberry Cheese Cake ku yg x menjadi!!!simpan dlm aisbox...sehari semalam pun masih tetap lembut..mcm rasa mcm ais krim atau yogurt pun ade..resepinya zana tah dpt dr mana?? x tau...ape sleknye...or.. gara2 menokok tambah lerr nie!!! terlebih2 pandai lerr pulak!!! tapi..kan! kan! rasanye masih tetap sedap tauu!!!!!! cuba tengok resepi nie...betul kerr!!! zana buat...
Bahan2 utk base:
  • 150gm biskut oreo dibuang inti & dihancurkan
  • 1-2 sb butter

Bhg. tengah:

  • 250gm cream cheese
  • 250ml whipping cream
  • 120gm gula caster
  • 1 sb jus perahan lemon
  • 1 st esen vanilla
  • 1 st gelatin (halal)
  • 1/4ml air panas

Toppingnya:

  • Blueberry filling & air panas secukupnya

Cara2 membuatnya:

  1. Biskut orea yg telah dihancurkan + dgn butter yg telah dipanaskan sekejap dan digaul sebati..kemudian masukkan dlm spring foam tin dan tekan2kan sehingga rata dan padat ~ simpan dlm fridge.
  2. Bhg. tengah : campurkan gelatin dlm air panas - kacau hingga gelatin sebati dgn air
  3. Putar cream cheese & gula caster hingga kembang, masukkan whipping cream dan putar lagi, kemudian masukkan bahan2 lain - jus lemon, esen vanilla & akhirnya gelatin - putar lagi sehingga sebati dan kembang - masa lebih kurang 10-15 min.
  4. Keluarkan biskut base dari fridge. Curahkan adunan cream cheese keatas biskut base - ratakan dan simpan dlm fridge semalaman.
  5. Topping : campurkan blueberry filling & air panas - agak2 aje sukatan yg diperlukan dan curahkan di atas cheese cake yg telah dikeluarkan dr spring foam tin.

tengok tuu!!! blueberrynye...terlebih-lebihlah banyak!!!

Selasa, Mac 09, 2010

Samosa Berinti Daging


Semalam...atas perintaan anak2, zana merajinkan diri utk buat kuih nie..."Samosa Berinti Daging" dulu zana selalu jugak membuatnya kemudian zana frozenkan...bila nak mkn barulah digoreng...kan sonang!!! tp bab nak melipat kulit samosa tu leceh sikit...ler, buat yg mini ajer...disebabkan anak2 nak makan buat jugaklah. Inti daging tu... zana buat hari sebelum tu then simpan dlm peti sejuk., bila nak guna barulah keluarkan. Ok lah!! meh...tengok resepinyer..
Bahan A:

  • 1 paket kulit popia (7 1/2" x 7 1/2")
  • 1 sb tepung gandum + sedikit air (buat gam)

Bahan B (inti):

  • 500gm kentang dipotong dadu dan direbus separuh masak~toskan
  • 400gm daging cincang (jenama Ramly)
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • 1" halia* (bhn * ditumbuk halus)
  • 1/2 st jintan manis*
  • 1 sb sos tiram
  • 3 sb rempah kari+sedikit air
  • 1 sb rempah kurma
  • 1 tangkai daun kari
  • sayur campur (jika suka)
  • garam dan gula secukup rasa.

Cara membuat inti:

  1. Panaskan minyak ~ tumis bahan tumbuk sehingga naik baunya.., masukkan rempah kari/kurma dan daun kari kemudian dikacau sebati.
  2. Masukkan daging ~ kacau sebati dan biarkan sehingga daging agak kering, kemudian masukkan kentang dan digaul rata.
  3. Masukkan sos tiram dan rasakan dgn garam juga gula
  4. Bila masak ~ anggak dan toskan minyaknya..biarkan sejuk, lepas tu masuk dlm bekas dan simpan dlm peti sejuk..bila nak guna barulah leh keluarkan.

Cara melipat kulit:

  1. Ambil sekeping kulit popia dan dipotong memanjang (bg pd 3 bhgn)
  2. Ambil 2 bhgn yg telah dipotong td dan digam antaranya.
  3. Buat bentuk segi 3 seperti dlm gambar tu..then masukkan inti ~ buat sehingga habis.
  4. Frozenkan...jika nak makan barulah digoreng..

Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama sos...sesuai utk minum ptg/sarapan pg..,selamat mencuba..


ini pulak!!!...

Jemputlah!! kwn2...

Bihun Goreng Lada Hitam


Salam semua... selamat t/hari.., jom makan.., ini menu mkn t/hari zana kat opis..hihihi!! sebenarnya "Bihun Goreng Lada Hitam" nie zana buat pagi tadi utk sarapan dan bekalan anak2 kesekolah...disebabkan bihun goreng tu banyak jadi zana bawalah bekal ke opiss..buat mkn t/hari nie..ade org panggilnya bihun goreng Singapura tp resepinya ikut selera kita..ler layan ajerr...lah!!!!
Bahan2nya:
  • 3/4 paket bihun dicelur terlebih dahulu dan toskan...
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • sedikit ikan bilis* (bhn * ditumbuk halus)
  • 1-2 sd makan serbuk lada hitam
  • 4-5 biji fish ball dipotong bulat
  • 1 keping fish cake dipotong serong
  • 1 biji telur
  • 5 ekor sotong sederhana kecil dipotong2
  • segenggam udang basah
  • sayur kobis/sawi dan lobak merah
  • 1/2 biji lada bangggala dihiris kasar
  • garam secukup rasa
  • hirisan daun sadri/bwg sebagai hiasan

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak ~ gorengkan sotong sekejap dan angkat kemudian tumiskan bahan tumbuk bersama serbuk lada hitam sehingga naik aroma.
  2. Masukkan udang, fish ball dan fish cake ~ dikacau sebati...masukkan sayur dan dikacau lagi, biarkan sekejap dan masukkan telur.
  3. Rasakan dgn sedikit garam kemudian masukkan bihun dan digaul sebati..
  4. Bila masak bolehlah dihidangkan ~ taburkan dgn hirisan daun sadri/bwg.

Isnin, Mac 08, 2010

Selingan>>>>>>>>>


Lihatlah keletah anak kecil ku ini....namanya Rose Jawaher.., mama panggilnya waher...nama glamornyer Rose, seorang anak yg sangat manja...umurnya baru 3 thn 6 bln..., bila mama sibuk kat dapur dia pun sibuk kali!!! jadi chef kecil di dapur... bila mama pakai apron...dia pun nak sama...bila mama tumbuk bawang dia pun nak tumbuk jugak!! kita cuci pinggan!!! dia tarik kerusi dan hulurkan tangan cuci pinggan...hai!!! anak2!!! bila kita tanya dah besar nak jadi ape? cepat saje dia jwb...waher nak jadi Doktor Gigi!!! nak ganti gigi mama dgn gigi baru yg cantik!! nak tlg mama dgn ayah...dah sekolah...bila ke sekolah asyik nak nangis aje..ckpnye petah sekali !!! semoga ia menjadi anak yg soleh dan solehah juga insan yg berguna insyaallah!! amin...

Sambal Telur ~ Belimbing Buloh


Hai!!! salam semua & selamat sejahtera...tiga hari x update blog nie...rindu2 hehehe!!! hujung minggu... zana balik kekg tngok FIL yg sakit., kwn2 mcmne sihat ke? tkasih kerana berkunjung kesini..Hari nie zana entrykan menu mkn t/hari anak2 semlm "Sambal Telur ~ belimbing buloh" kenakan pulak dgn sop sayur dan ikan goreng.
Bahan2nya:
  • 5 biji telur ayam ~ direbus, dibuang kulit dan digoreng
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih*
  • sedikit belacan* (bhn * ditumbuk halus)
  • 8-10 belimbing buloh dicuci dan dibelah 2
  • 1 sk pes asam jawa+sedikit air
  • 5 sd mkn cili mesin
  • 1 labu bwg besar dipotong bulat
  • garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak ~ tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan cili mesin dan dikacau sehingga cili masak.
  2. Masukkan belimbing buloh, pes asam jawa dan dikacau sebati ~ masukkan telur yg telah digoreng tadi dan digaul rata.
  3. Kemudian masukkan bawang besar ~ kacau lagi dan rasakan dgn sedikit garam dan gula.
  4. Bila masak...tutup api dan bolehlah dihidangkan...

Khamis, Mac 04, 2010

Kueyteow Goreng...


Assalamualaikum...& selamat ptg!!...x tau sebenarnya ape yg nak dientrykan kat sini..,nampaknya kali nie pu zana entrykan menu2 utk sarapan pg ajerlah!!! Utk sarapan pagi td, zana buat "Kueyteow Goreng" versi campak2 gitu ajer...ikutlah!! ape yg ade kat aisbox tu..hehehe!!!!
Bahan2nya:
  • 1 paket 450gm kueyteow basah
  • 3 biji bwg merah*
  • 2 biji bwg putih* (bhn * ditumbuk halus)
  • 1 sb cili mesin
  • 2 sb sos tiram
  • kicap manis secukupnya
  • 1 kpg fish cake ~ dipotong kecil
  • 4 biji fish ball ~ dipotong kecil
  • 6 ekor udang sederhana bsr
  • 1 keping daging ayam dipotong kecil
  • 1 biji telur
  • sedikit hirisan sayur sawi/kobis
  • hirisan tomato/daun sadri/bwg ~ utk hiasan

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan dikacau lagi. Bila cili agak masak, barulah masukkan udang/ayam, fish cake/fish ball dan digaul rata...masukkan sos tiram dan kicap.
  2. Kemudian masukkan sayur kobis dan sawi ~ dikacau lagi, barulah pecahkan telur~ biarkan sekejap dan dikacau lagi.
  3. last sekali..barulah masukkan kueyteow basah ~ dikacau rata
  4. Setelah masak~ hidangkan dan hiaskan dgn hirisan tomato dan daun bwg.

Rabu, Mac 03, 2010

Bebola Kentang Berinti Keju....


Hai!! salam & salam sejahtera semua..bertemu kembali!! semalam zana cuba buat "Bebola Kentang Berinti Keju"..teringin pulak nak membuatnya, bila tengok kat rumah Jiya...amik dr majalah SEDAP, tergoda u...resepinya dah lama zana tulih!! tp blm kesampaian. Kebetulan bahannya dah ade kat rmh, so zana buatlah jugak!! anak2 pulak menyukainya., ape2 pun thanks Jiya krn share resepi nie..
Bahan2nya:
  • 300gm kentang dikukus n dilecek (kite guna kentang russet & blend ajer..)
  • 2-3 sudu mkn susu tepung
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 st serbuk lada sulah
  • 1/4 st serbuk buah pala ( x boh pon..)
  • 1 sb butter tanpa garam ( kite guna mentega ajer, x perlu buh garam)
  • 1/2 st garam
  • tambahan sedikit tpg gandum (jika perlu~sekiranya melekat pd tngn)
  • kiub keju secukupnya (guna dlm 22 Nos.)

Bahan utk optinal:

  • 2 biji putih telur dikocak sedikit
  • serbuk roti kasar ~ warna oren secukupnya.
  • Minyak utk menggoreng.

Cara menyediakan:

  1. Satukan kesemua bahan dan gaul sehingga x melekat pada tangan..sekiranya melekat leh tambahkan sedikit2 dgn tepung gandum.
  2. Ambik sedikit adunan, masukkan kiub keju dan buatkan bebola..sehingga siap.
  3. Golekkan bebola keju td kedalam serbuk roti ~ kemudian celupkan pula dlm putih telur dan digolek sekali lagi dlm serbuk roti ~ buat sehingga selesai.
  4. Goreng dlm minyak penuh dgn api serdahana sehingga bebola td masak
  5. Hidangkan bersama sos ~ sdp dimakan ketika masih panas2 suam.

*Pada kwn2 yg nak cari kiub keju tu, nie...ade contohnya!! leh cari kat Giant/pasaraya2 besar.

Selasa, Mac 02, 2010

Paratha Telur Gulung


Salam semua...bertemu lagi di alam maya. Hari nie zana nak entrykan pulak menu sarapan pagi anak2 kesekolah. Kalau difikir2kan...hari2 nak buat sarapan ape utk anak2 nie., bila buat benda yg sama, rasa jemu pulakkan. Pagi td...tengok2 dlm aisbox tu ade roti paratha yg instant, jd zana pun buatlah! "Paratha Telur Gulung" nie. Rasanya dah banyak kwn2 yg mencubanyakan? kali nie, zana buat ikut citarasa tuan gumah ler!!! Kalau nak ikut resepi dari Kak Ummi atau Gent pun boleh!! kite pun cilok idea dr sini hi.. hi!!
Bahan2nya:
  • 5 keping instant paratha (Jenama Kawan)
  • 4 biji telur grid A ~ dipukul sedikit
  • 1 biji tomato buah dicincang (tomato sederhana kecil)
  • 1/4 kiub perasa ayam
  • sedikit hirisan daun bawang dan sadri
  • 1/2 labu bwg besar dicincang

Cara membuatnya:

  1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak masak dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telur bersama bawang, daun bwg/sadri, tomato dan kiub perasa, kemudian dikacau rata.
  3. Gunakan pan yang sama, letak sedikit minyak dan tuangkan 1 1/2 senduk kecil adunan telur, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
  4. Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telur telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper~buat hingga habis.
  5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong ikut citarasa dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari atau sos cili.

Isnin, Mac 01, 2010

Urap Jagung...


Hai!!!! salam semua & selamat petang??... dah minum ptg blm?..jom kita makan "Urap Jagung"... sekali rasa mcm ABC... la pulak!! resepinya zana cedok dlm majalah SEDAP...tp diolah semula ikut citarase kite ler!!! kita tengok resepinye ok!
Bahan2 yg diperlukan:
  • 1 cawan beras pulut }
  • 1 cawan beras pulut hitam} ~ direndam selama 1 jam
  • 1 cawan jagung yg telah direbus dan dikopek isinya (dlm setongkol jagung manis)
  • 120gm kelapa parut
  • 1/2 - 3/4 cwn air/secukupnya
  • 1/2 sk garam

Bahan utk sos: (optional)

  • 150gm gula melaka dihiris2
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cwn air
  • secubit garam
  • susu cair secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Selepas sejam toskan beras pulut & pulut hitam~digaul sekali, kemudian dikukus sehingga pulut betul2 masak.
  2. alihkan pulut kedalam bekas dan gaulkan bersama jagung dan kelapa parut sehingga rata atau sebati, kemudian masukkan air dan garam~gaul lagi biar sebati.
  3. Kukus semula ~ selama 30 minit atau sehingga masak...dan bolehlah ditutup apinya.
  4. Utk sos: Masakkan gula melaka bersama air dan daun pandan sehingga gula cair dan agak pekat sedikit.
  5. Bila nak makan ~ hidangkan bahan kukus tadi dan curahkan sos bersama susu cair - sdp dimakan ketika masih panas atau sejuk..